Selamat Datang ke PORTAL KPM

Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Tahun 2023 (Sepenuh Masa)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,  

PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TAHUN 2023 (SEPENUH MASA)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Kumpulan Pelaksana bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma/ Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Tahun 2023 di pautan https://esilav2.jpa.gov.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November  2023.

 Poster PPKP Sepenuh masa

3.    Perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat. 

 

Hits : 235