Selamat Datang ke PORTAL KPM

Program Jelajah Pendidikan Swasta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya Tahun 2023

JELAJAH PENDIDIKAN SWASTA 2023
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA

Jelajah KL Poster Digital

 

MAKLUMAT PROGRAM:

Program Jelajah Pendidikan Swasta Tahun 2023 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya yang akan dilaksanakan merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang berfokus kepada peningkatan akses daripada prasekolah hingga menengah atas.

Objektif Jelajah Pendidikan Swasta Tahun 2023 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya adalah untuk:

  1. Mendapatkan data enrolmen kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun
  2. Menggalakkan tadika swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  3. Meningkatkan kerjasama strategik di antara agensi-agensi yang berkaitan dengan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta (IPS) seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); serta
  4. Meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak di institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM.

Hits : 187