3 NOVEMBER 2026 | PORTAL SEKOLAHKU PERKUKUH AKSES MAKLUMAT PENDIDIKAN DIGITAL
Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek bersama-sama Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Portal Sekolahku kepada Kementerian Pendidikan (KPM) di SK Damansara Utama.
Portal Sekolahku merupakan pusat rujukan maklumat sekolah di bawah KPM termasuk profil, lokasi dan statistik asas sekolah bagi memudahkan akses maklumat kepada masyarakat.
Dalam ucapannya, YB Menteri Pendidikan menyatakan bahawa pendigitalan pendidikan perlu berteraskan keperluan rakyat, dengan teknologi berperanan memudahkan urusan, menjimatkan masa dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pendidikan.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
#sekolahku
Hits : 40