Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

PLKN 3.0 KPM Perkukuh Karakter Dan Jati Diri

21 SEPTEMBER 2026 | PLKN 3.0 KPM PERKUKUH KARAKTER DAN JATI DIRI

Majlis Peluncuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Peringkat Kementerian Pendidikan telah berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh.

PLKN 3.0 KPM dilaksanakan di 27 Kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia bagi memperkukuh dan melengkapi latihan perguruan sedia ada, khususnya dalam aspek disiplin, kepimpinan, ketahanan diri, patriotisme, kerjasama dan semangat berkhidmat kepada negara.

Pelaksanaan program ini turut menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang memberikan penekanan kepada pembangunan insan secara menyeluruh, sekali gus melahirkan guru yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah memiliki karakter, nilai dan jati diri yang kukuh.

PLKN 3.0 KPM bukan sekadar latihan, malah menjadi wadah untuk memperkukuh peranan guru sebagai pembina karakter, pemupuk perpaduan dan pembina masa hadapan dalam mendidik generasi Malaysia yang berilmu dan berbakti kepada negara.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

#sekolahku

Hits : 26