Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pewujudan Laman Sesawang Rasmi (Website) Kerajaan Malaysia Berkaitan Kes Tuntutan Waris Kesultanan Sulu - MALAYSIA-SULUCASE.GOV.MY

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ DatoSri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan

PEWUJUDAN LAMAN SESAWANG RASMI (WEBSITE) KERAJAAN MALAYSIA BERKAITAN KES TUNTUTAN WARIS KESULTANAN SULU - MALAYSIA-SULUCASE.GOV.MY

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan mengenai perkara diatas.

2.  Seperti mana yang telah dilaporkan dalam media tempatan sebelum inisekumpulan 8 individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu telah menuntut "Final Award" berjumlah USD 14.9 bilion daripada Kerajaan Malaysia. Tuntutan ini dibuat melalui proses arbitrasi (arbitration) antarabangsa melibatkan seorang Arbitrator' antarabangsa iaitu Dr. Gonzalo Stampa.

3.  Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan urus setia yang menyelaras semua tindakan-tindakan Kerajaan berkaitan tuntutan "Final Award" ini yang dilihat sebagai tidak sah dan menyalahgunakan proses timbang tara antarabangsa.

4.  Dalam perkara inistrategi-strategi perundangan diplomatik dan komunikasi strategik yang lebih agresif sedang diambil oleh pihak KerajaanSalah satu daripada usaha berkenaan ialah pelancaran laman sesawang khas Malaysia-sulucase.gov.my pada 12 April 2023.

5.  Objektif pewujudan laman sesawang ini ialah untuk menyampaikan maklumat-maklumat tepat dan terkini mengenai tuntutan individu ini yang merupakan satu ancaman kepada kedaulatan negara.

6.  Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ DatoSri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, salam hormat

Hits : 136