15 OKTOBER 2026 | PETAH KPM 2026 PERKUKUH PERPADUAN MELALUI SENI BERBAHASA 
PETAH KPM 2026 Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirainya pada 15 Oktober 2026 menerusi majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh.
Berlangsung pada 12 hingga 15 Oktober 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), PETAH KPM 2026 menjadi platform untuk mencungkil bakat, mengasah kreativiti serta membina keyakinan murid dan pelajar dalam seni berbahasa, di samping memupuk kemahiran berfikir secara kritis, berhujah dengan matang dan berkomunikasi secara santun.
Sebanyak 16 acara dipertandingkan dengan penyertaan daripada sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kolej matrikulasi. Berteraskan tema “Seni Berbahasa Wahana Perpaduan MADANI”, penganjuran ini turut memperkukuh peranan bahasa sebagai wahana untuk memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Tahun Ini, Tahun Kita
Guru Bitara Nadi Negara
#sekolahku
Hits : 25