Syabas dan Tahniah!
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2026 edisi ke-22 yang berlangsung dari 7 hingga 10 September 2026 di INTI International University, Nilai telah rasmi ditutup oleh YBhg. Dato’ Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah). Program anjuran Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Sasbadi Holdings Berhad, dan INTI International University ini bertujuan memperkasa kemahiran STEM murid serta menghimpunkan 448 peserta (336 murid dan 112 mentor) dari 16 negeri. Kemuncak pertandingan ini menyaksikan johan setiap kategori bakal mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad (WRO) International Finals di San Juan, Puerto Rico pada 8 hingga 10 Disember kelak.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah!
Hits : 88