Tahniah pasukan Sekolah Tun Fatimah (STF)! 🤖
Misi ke Tokyo membuahkan hasil apabila Marissa Dania dan Nur Qaisara berjaya menempatkan diri hingga ke pusingan 16 dalam All Japan Robot Sumo Tournament 2025 dengan robot Drax Kogeki, yang berlangsung di Ryogoku Kokugikan, Jepun.
Penyertaan ini bukan sahaja mengasah kreativiti dan inovasi dalam pembinaan robot, malah membuka peluang kepada murid STF untuk bersaing di pentas antarabangsa serta menghadapi cabaran globalisasi berteraskan STEM.
Syabas kepada para peserta dan guru pembimbing atas komitmen serta semangat luar biasa yang telah mengharumkan nama Sekolah Tun Fatimah!
Hits : 25