PERTANDINGAN AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-50 TAHUN 2025
27 Julai 2025 | Sabtu
Telah berlangsung Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu.
Pertandingan ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pertandingan akhir bagi kategori Bahasa Melayu telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Sekolah Sultan Alam Shah pula memenangi kategori Bahasa Inggeris.
Pertandingan yang masuk edisi ke-50 penganjuran ini adalah platform untuk mengasah bakat murid dalam perbahasan dan pemikiran kritis selain mendidik mereka untuk berhujah dengan adab dan membentuk karakter selaras dengan nilai-nilai murni Malaysia MADANI.
Turut hadir adalah Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad.
Hits : 4660