Selamat Datang ke PORTAL KPM

Persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains Dan Matematik Ke-10 (COSMED-X) 2023

YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, 
 
HEBAHAN MENGENAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK KE-10 (COSMED-X) 2023
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM akan menganjur Persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains dan Matematik Ke-10 (CoSMEd-X) dari 30 Oktober hingga 2 November 2023 bertempat di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang. Untuk makluman pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, tujuan utama persidangan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pendidik tentang penemuan dan perkembangan terbaru dalam dunia pendidikan serta memberi peluang kepada mereka untuk menjalin jaringan kerjasama antara pendidik pada peringkat dalam dan luar negara. Seramai 5 orang pengucaptama telah dijemput untuk persidangan ini dan di samping itu para pendidik juga berpeluang untuk menghadiri bengkel-bengkel terpilih dan menarik. Maklumat lanjut berkenaan persidangan ini boleh dirujuk melalui pautan: http://cosmed.recsam.edu.my/cosmed2023/.
 
3.      Bersempena dengan persidangan untuk kali yang ke-10, pihak SEAMEO RECSAM berbesar hati untuk memberikan tajaan kepada para pendidik untuk menghadiri CoSMEd-X. Tajaan ini hanya terhad kepada 50 orang terawal yang menghantar abstrak dan membuat pembentangan secara bersemuka di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang. Para peserta yang berminat boleh menghantar permohonan lengkap melalui pautan https://forms.gle/S6ALupoBXwKV44jc8 sebelum atau pada 29 September 2023 (Jumaat). Peserta yang Berjaya mendapat tajaan akan dimaklumkan oleh pihak SEAMEO RECSAM melalui e-mel.
 
4.     Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai persidangan ini, para peserta boleh menghubungi urus setia, YBrs. Dr. Nanthini Jayaram di talian 04-6522769 dan Cik Ummi Kalsum Abd Aziz di talian 04-6522761 atau e-mel cosmed@recsam.edu.my.
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 

Hits : 164