Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan Pelarasan Kadar Harga Kontrak Berikutan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016, 2018, 2020 Dan 2022

Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan

Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak

                               

Tuan/Puan,

 

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM (PGM) BAGI KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK), PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB) BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) YANG TELAH TAMAT

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Untuk makluman Tuan/Puan, Kementerian Kewangan (MoF) melalui surat no. rujukan MOF.BPK(S)600-1/3/66Jld.2(13) bertarikh 22 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada tatacara dan peraturan perolehan melibatkan pelanjutan tempoh kelulusan permohonan pelarasan kadar harga kontrak berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Membekal Makanan Bermasak (BMB) bawah KPM yang telah tamat tempoh. Kelonggaran ini turut diberikan kepada permohonan tuntutan PGM yang masih diterima oleh KPM melibatkan kontrak yang telah tamat.

 

  1. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki mengemukakan permohonan PGM dengan segera sebelum 31 Mei 2024 kepada bahagian/institusi induk/Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/institusi pendidikan selaku pentadbir kontrak masing-masing dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

 

  1. Kerjasama daripada tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Perolehan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 700