Syabas dan Tahniah!
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PERMATA Seni Koir atas kejayaan meraih pingat emas bagi Kategori G1 (Children’s Choir) dan Kategori Folklore, sekali gus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan 3rd Internationales Chorfest Magdeburg yang berlangsung pada 14 hingga 23 September 2026 di Magdeburg, Jerman.
Kejayaan membanggakan ini merupakan hasil komitmen, disiplin, kesungguhan dan semangat berpasukan para peserta, di samping bimbingan jurulatih serta sokongan padu semua pihak.
Pencapaian tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan PERMATA Seni, malah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa melalui keindahan seni suara dan persembahan koir.
Tahniah kepada seluruh peserta dan jurulatih PERMATA Seni Koir! Teruskan melakar kejayaan serta membawa nama Malaysia ke pentas dunia melalui seni
Hits : 33