Latar Belakang
Hasrat PERMATA Negara adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang bertaqwa, berkeyakinan, berdikari, kreatif dan inovatif, bersahsiah mulia, mempunyai jati diri, mahir berkomunikasi dan minat belajar. Pembentukan ciri ini perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak kerana peringkat ini merupakan asas masa depan mereka. Kurikulum yang berkualiti, persekitaran yang kondusif, pendidik yang profesional serta hubungan rapat antara ibu bapa dan pendidik adalah diperlukan bagi mencapai hasrat ini.
Kajian menunjukkan, kanak-kanak yang mengikuti program TASKA berkualiti lebih berjaya di alam persekolahan, lebih mahir dari aspek sosial dan emosi, dan menunjukkan kemahiran bertutur dan perkembangan intelek yang lebih tinggi, berbanding dengan kanak-kanak yang mengikuti program TASKA tidak berkualiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai PERMATA Q, sila layari http://permata-q.permata.jpm.my/
Hits : 804