Daripada : 6 JASMINE
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang pernah mendidik dan membimbing kami sepanjang berada di sekolah rendah. Segala ilmu, tunjuk ajar, kesabaran, nasihat dan pengorbanan cikgu-cikgu amat kami hargai dan akan sentiasa kami kenang. Di sinilah tempat kami belajar membaca, menulis dan mengira. Di sinilah tempat sebelum kami melangkah ke alam sekolah menengah. Kami telah berada di sini selama 6 tahun dan pelbagai kenangan pahit manis telah kami lalui. Banyak juga pengorbanan dan jasa cikgu kepada kami semua. Kami turut ingin memohon doa dan restu daripada cikgu-cikgu semua agar kami dipermudahkan dalam setiap langkah dan urusan pada masa akan datang. Doakan agar kami terus berjaya dan dapat menggunakan ilmu yang telah cikgu ajarkan dengan sebaik-baiknya. Kami juga ingin memohon maaf atas segala salah silap, kenakalan dan kekurangan kami sepanjang menjadi pelajar. Maafkan kami jika ada kata-kata atau perbuatan kami yang pernah mengguris hati cikgu, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf juga sekiranya terdapat nama cikgu yang tidak disebut dalam penghargaan ini. Bukan bermakna kami melupakan cikgu, tetapi setiap guru yang pernah mendidik dan membimbing kami tetap mempunyai tempat dalam ingatan dan hati kami. Semoga Allah SWT membalas setiap titisan keringat, setiap pengorbanan masa dan setiap usaha yang telah cikgu curahkan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Semoga segala ilmu yang telah cikgu sampaikan menjadi amal jariah yang tidak pernah putus pahalanya, serta kehidupan cikgu sentiasa dirahmati, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekali lagi, terima kasih cikgu-cikgu. Mohon doa dan restu daripada kalian untuk kami. Jasa dan ilmu cikgu akan sentiasa kami kenang dari hari kami mula belajar hingga hari kami menamatkan sesi pembelajaran tahun 6. ❤️
Hits : 41