Selamat Datang ke PORTAL KPM

Penstriman Langsung Showcase Inclusive Open Educational Resources (iOER)

YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
HEBAHAN: PENSTRIMAN LANGSUNG SHOWCASE INCLUSIVE OPEN EDUCATIONAL RESOURCES (iOER)
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.      Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan mengenai penstriman langsung Showcase Inclusive Open Educational Resources (iOER) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Objektif pelaksanaan showcase ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan bahan iOER yang telah dibangunkan bagi menyokong inklusiviti dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan yang boleh diakses secara terbuka.
 
3.        Sehubungan itu, warga KPM yang berminat boleh menyaksikan penstriman langsung Showcase Inclusive Open Educational Resources (iOER) yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 18 Januari 2024 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Pautan Webex: https://bit.ly/iOERShowcase
FB Live: https://www.facebook.com/jabatanpendidikantinggi
 
4.       Atur cara pelaksanaan, Parallel Session 1 dan Parallel Session 2  adalah seperti di  archive Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C (959 KB) .
 
Segala kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Hits : 850