Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pengumuman Dan Kaedah Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2022/2023

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
SISTEM DUA SEMESTER (SDS), SEMESTER I, SISTEM EMPAT SEMESTER (SES), SEMESTER I DAN SISTEM EMPAT SEMESTER (SES), SEMESTER III, SESI 2022/2023
 
Calon PSPM, SDS Semester I, SES Semester I dan SES Semester III, Sesi 2022/2023 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai
8 Mac 2023 (Rabu) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:
 
 A. LAMAN WEB
 
Pilih Semakan Peperiksaan
Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan
(Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)
 
 B. TELEFON 
 
i. Kolej masing-masing.
ii. Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020
 
Permohonan semak semula boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:
 
1. Muat turun Panduan Permohonan Semak Semula Keputusan
 
2. Muat turun Borang Permohonan Semak Semula Keputusan 
 
3. Mengisi borang permohonan secara dalam talian di pautan

 4. Menghantar Borang Permohonan dan Wang Pos/ Draf Bank/ Kiriman Wang kepada BMKPM menggunakan alamat yang dinyatakan dalam Panduan Pemohonan         Semak Semula Keputusan.

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 7415