Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA GURU MMKL

Daripada : NUR DAMIA ILYANA BINTI AZHAR

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru Maktab Mahmud Kulim (MMKL) yang telah mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu kepada saya sejak Tingkatan 1 sehingga SPM. Segala ilmu, nasihat, teguran dan jasa cikgu amat saya hargai dan akan sentiasa saya kenang. Saya percaya setiap tunjuk ajar daripada guru-guru MMKL menjadi salah satu bekalan penting dalam perjalanan saya sehingga ke tahap ini. Mohon doakan agar saya dipermudahkan dalam menuntut ilmu, berjaya dalam pengajian, menjadi insan yang bermanfaat serta dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa dan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada saya. Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai. Semoga Allah membalas segala kebaikan cikgu dengan sebaik-baik ganjaran. 🤍

Hits : 19