Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

PENGHARGAAN KEPADA PENGETUA DAN GURU-GURU PENASIHAT KRIKET SDAR

Daripada : ADLY ISMAIL, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

 

Saya sebagai ibubapa salah seorang pelajar dan pemain pasukan Kriket Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR RHINOS) ingin memberi penghargaan setingginya kepada guru penasihat pasukan terutama kepada Cikgu Wan Muhammad Taufik bin Wan Yusuf. Tidak lupa guru-guru penasihat yang lain iaitu Cikgu Siti Zaharah binti Mohd Said dan Cikgu Hafiza Syaza binti Mohd Ghazali. Guru-guru ini telah memberi sumbangan tenaga dan masa tanpa jemu. Malah mereka seolah-olah seperti ibubapa kepada pemain-pemain. Memberi motivasi dan nasihat tanpa jemu. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memanjang penghargaan kepada Pengetua, Encik Mohd Nor Hakim Ismail dan PK Koko, Puan Noraishah binti Sharif yang telah terus memberi sokongan padu terhadap pembangunan kriket di SDAR. Bermula awal tahun 2025, pihak sekolah telah menjemput ibubapa pemain-pemain kriket untuk berbincang dan bertukar pandangan untuk meningkatkan dan membangun semula sukan kriket di SDAR. Pasukan Kriket SDAR yang selama ini sudah lama ketinggalan, kini sudah mampu bersaing semula dengan pasukan- pasukan sekolah lain. Malah Pasukan Kriket SDAR telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Kriket "Champion School" peringkat Negeri Sembilan (U14). Kejayaan ini amat bermakna bagi kami ibubapa kerana kebanyakan pemain masih di tingkatan 2, malah tidak pernah bermain kriket sebelum memasuki SDAR. Sekali lagi, setinggi penghargaan kepada guru-guru, PK Koko dan Pengetua. Insya Allah, Pasukan Kriket SDAR akan lebih berjaya di tahun-tahun mendatang.

Hits : 544