Daripada : SUHARCHANA A/P KANNAN
Saya ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada semua guru yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan SPM saya pada tahun 2025. Terima kasih kerana bukan sahaja mengajar saya di dalam kelas, tetapi juga sentiasa membimbing, menasihati, memberi semangat dan percaya kepada saya ketika saya sendiri kadang-kadang mula meragui kemampuan diri. Setiap teguran, kata-kata semangat, bantuan dan pengorbanan cikgu mungkin kelihatan kecil pada ketika itu, tetapi semuanya menjadi sangat bermakna apabila saya mengenang kembali perjalanan tersebut. Kini, apabila saya sudah melangkah ke fasa baharu dalam hidup dan sedang mengikuti perjalanan untuk menjadi seorang guru, saya semakin memahami betapa besarnya hati dan pengorbanan seorang pendidik. Terima kasih kerana telah membantu saya sampai ke penghujung perjalanan SPM dengan segala ilmu dan sokongan yang diberikan. Saya doakan semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang luas dan dipermudahkan dalam setiap urusan. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan, setiap masa yang dikorbankan dan setiap murid yang pernah dibimbing menjadi amal jariah yang terus mengalir. SPM 2025 mungkin sudah menjadi kenangan, tetapi guru-guru yang pernah berdiri di sisi saya sepanjang perjalanan itu akan sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati saya. Terima kasih, cikgu, untuk segalanya.
Hits : 19