Daripada : NUR ATIERAH BINTI SHAMSUDIN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Nizam dari Smk Bukit Jawa Pasir Puteh atas dedikasi, kesabaran, dan komitmen beliau dalam mendidik dan membantu pelajar. Beliau sentiasa memberi bimbingan, sokongan, serta menjadi kaunselor yang bermotivasi sehingga memberi impak yang sangat positif kepada pembelajaran serta sahsiah pelajar. Diharapkan penghargaan ini dapat diberikan perhatian sebagai tanda terima kasih atas jasa beliau.
Hits : 10