Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN 1 SET KOMPUTER UNTUK KELAS PPKI SK SEBERANG JERTEH

Kepada PPD BESUT, JPN Terengganu
Daripada NORA BINTI CHE MOOD, Terengganu

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Muhamad Hanif bin Abdul Murad, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Besut, atas sumbangan sebuah komputer (PC) untuk kegunaan kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah kami SK Seberang Jerteh. Sumbangan ini telah diserahkan pada 3 Disember 2025 (Rabu) dan ia amat bermakna dalam menyokong kerja buat kami warga PPKI, terutamanya dalama ktiviti PdP yang melibatkan penggunaan ICT. Komitmen dan keprihatinan Encik Muhamad Hanif dalam membantu meningkatkan kemudahan pihak kami di sini amat dihargai dan memberikan impak positif kepada guru serta murid. Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan, keikhlasan serta usaha murni pihak PPD Besut melalui Encik Muhamad Hanif. Semoga kerjasama baik ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kemajuan pendidikan khas.
 

Hits : 7