Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskinian Maklumat Bagi Guru Interim Negeri Sabah Yang Telah Lulus Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI GURU INTERIM NEGERI SABAH YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

1. PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH RENDAH - PDPLI (r)
2. PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH MENENGAH - PDPLI (m)
3. IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN - ISMP
4. IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN RENDAH - ISMP RENDAH


Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan pada 13 Jun 2023) dan DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP DAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.

Untuk makluman, atas kepentingan perkhidmatan serta bagi memastikan urusan pelantikan tetap berjalan lancar, calon-calon akan kekal di penempatan sedia ada. Tarikh lapor diri bagi lantikan tetap dan kontrak akan dimaklumkan di egraduan kelak.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: egraduan@moe.gov.my

Telefon: 03-8884 7741/ 03-8872 1442

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian/ Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi


3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

Tarikh mula pengemaskinian: 04/07/2023
Tarikh akhir pengemaskinian : 07/07/2023

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Hits : 226