Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Seperti Berikut: Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM)

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) SEPERTI BERIKUT:
SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI (SLTPPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://egraduan.moe.gov.my/ bermula seperti ketetapan di bawah.

Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: egraduan@moe.gov.my
Telefon: 03-8884 7779 / 03-8884 7145

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi

3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang  https://egraduan.moe.gov.my/

Tarikh mula pengemaskinian: 18/07/2023
Tarikh akhir pengemaskinian : 23/07/2023

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Hits : 315