Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Seperti Berikut: Pelantikan Tetap Dan Kontrak PPP Gred DG41 PISMP - Program Tajaan KPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Dimohon untuk memasukan hebahan berkaitan pengemaskinian maklumat calon guru baharu di ruangan pengumuman seperti ketetapan berikut;


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:
 
PELANTIKAN TETAP DAN KONTRAK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN - PROGRAM TAJAAN KPM

Sukacita dimaklumkan calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada November 2023) dan DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP DAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.

 
Untuk makluman, tarikh lapor diri dan penempatan bagi lantikan tetap dan kontrak akan dimaklumkan di eGraduan kelak.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.
Telefon: 03-8884 7741 / 03-8872 1442

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi

3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

Tarikh mula pengemaskinian: 01/12/2023
Tarikh akhir pengemaskinian : 03/12/2023

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Hits : 2241