Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP): Pelantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Dimohon untuk memasukan hebahan berkaitan pengemaskinian maklumat calon guru baharu di ruangan pengumuman seperti ketetapan berikut;

PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMUDUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) SEPERTI BERIKUT:

PELANTIKAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 BAGI:

1. GURU INTERIM
2. PROGRAM PPC BAHASA ARAB/PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA MANDARIN DAN PENDIDIKAN KHAS
3. PDPP BAHASA JEPUN, KOREA, DAN JERMAN
4. PKPP BAHASA PERANCIS
5. SLTK PENDIDIKAN KHAS
6. SLTPP MATRIKULASI
7. PISMP (TAMAT PENGAJIAN JUN 2021)


Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada September 2022) dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP oleh SPP. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di modul eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: egraduan@moe.gov.my

Telefon: 03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 / 03-8884 7145

Terima kasih.
 

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian / Diploma Pendidikan bagi tujuan verifikasi.


3.  Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.
   
Tarikh mula pengemaskinian: 23/09/2022
Tarikh akhir pengemaskinian : 30/09/2022

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Hits : 2484