Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP): Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Graduan Tajaan KPM)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Dimohon untuk memasukan hebahan berkaitan pengemaskinian maklumat calon guru baharu di ruangan pengumuman seperti ketetapan berikut;

PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMUDUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (GRADUAN TAJAAN KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: egraduan@moe.gov.my Telefon: 03-8884 7724 / 03-8884 7741 

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi


3.  Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.
   
Tarikh mula pengemaskinian: 23/09/2022
Tarikh akhir pengemaskinian : 30/09/2022

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Hits : 2543