Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Seperti Berikut: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.2. Dimohon untuk memasukan hebahan berkaitan pengemaskinian maklumat calon guru baharu di ruangan pengumuman seperti ketetapan berikut;
 
PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT: 
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan pada 8 November 2022) dan DIPERAKU LANTIKAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.
 
Emel: egraduan@moe.gov.my  Telefon: 03-8884 7779 / 03-8884 7145
 
Terima kasih.
 
NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi

3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.
 
Tarikh mula pengemaskinian: 24/11/2022
Tarikh akhir pengemaskinian : 29/11/2022
 
Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.

Hits : 2629