Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengambilan Murid Tingkatan Enam Tahfiz Tahun 2025

PENGAMBILAN MURID TINGKATAN ENAM TAHFIZ TAHUN 2025

 

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa murid lepasan menengah untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Enam Tahfiz KPM bagi Tahun 2025.

 

Tingkatan Enam Tahfiz KPM merupakan pengajian lepas menengah yang menggabungkan hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.

 

Permohonan dibuka bermula 25 April 2025 sehingga 04 Mei 2025 jam 11.59 malam. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi pautan berikut:

https://sst6.moe.gov.my/

 

SYARAT PERMOHONAN

 

A) Syarat am:

 

i- Warganegara Malaysia.

ii- Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari 2025.

 

B) Syarat khusus:

 

i- Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab al- Balaghah/ Turath Bahasa Arab.

 

ii- Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran berikut:

a. Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran; atau

b. Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah;

 

iii- Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz; dan

 

iv- Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.

 

Sila muat turun maklumat lanjut menerusi pautan: https://bit.ly/Tingkatan6Tahfiz

 

Sekian.

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Hits : 31068