Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pencalonan Bagi Anugerah ASEAN Prize 2024

YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, 

 

HEBAHAN MENGENAI PENCALONAN BAGI ANUGERAH ASEAN PRIZE 2024

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan untuk anugerah ASEAN Prize 2024 telah dibuka bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2024. Penerima ASEAN Prize 2024 akan menerima trofi dan hadiah wang berjumlah USD20,000.

 

3.         Untuk makluman, ASEAN Prize telah dilancarkan pada tahun 2018 semasa Kepengerusian ASEAN Singapura yang berperanan sebagai anugerah perdana bagi mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh atau institusi yang berpusat di ASEAN terhadap usaha mereka dalam pembangunan komuniti dan kemajuan serantau.

 

4.         Oleh yang demikian, calon-calon yang layak perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang sah bagi mengesahkan pencapaian dan sumbangan calon dalam mempromosikan kerjasama merentas tonggak ASEAN, termasuk rancangan dan inisiatif masa depan mereka ke arah memajukan pembangunan Komuniti ASEAN. Calon juga perlu mengemukakan satu character reference bagi menilai kesesuaian calon untuk ASEAN Prize 2024. Pencalonan diri sendiri dan pencalonan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Houn akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penghakiman ASEAN Prize pada pertengahan bulan Jun 2024 untuk memilih pemenang bagi edisi tahun ini.

 

5.         Sukacita sekiranya pencalonan nama individu/persatuan bagi ASEAN Prize tersebut dapat dikemukakan melalui e-mel kepada sj.amira@kln.gov.my dan disalinkan kepada asccd@kln.gov.my selewat-lewatnya 30 April 2024 (Selasa) untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, calon-calon boleh menghubungi Puan Syarifah Jamiatul Amira di talian 03-8887 4040. Bersama-sama ini, dilampirkan sesalinan borang dan poster mengenai anugerah ASEAN Prize 2024 untuk perhatian dan rujukan permohonan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 677