Selamat Datang ke PORTAL KPM

Penawaran Dana Asean-Canada Fund For Local Initiatives (CFLI) Bagi Tahun 2024-2025

YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ YBrs. Dr./ Ts./ Tuan/ Puan, 

 

HEBAHAN PENAWARAN DANA ASEAN-CANADA FUND FOR LOCAL INITIATIVES (CFLI) BAGI TAHUN 2024-2025

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa negara Kanada telah membuka permohonan dana bagi Program CFLI bagi tahun 2024-2025. Program ASEAN-Canada Fund for Local Initiatives (CFLI) adalah program yang dirangka untuk menyokong projek berskala kecil yang berimpak tinggi di negara-negara membangun, selaras dengan bidang-bidang keutamaan tematik Kementerian Luar Kanada (Global Affairs Canada). Program ini ditujukan kepada projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan secara amnya oleh organisasi tempatan.

 

3.         Projek-projek yang dicadangkan perlu berada dalam lingkungan bajet CAD20,000- CAD40,000. Projek-projek tersebut juga perlu bertemakan ASEAN dan melibatkan sekurang- kurangnya tiga negara anggota ASEAN. Selain itu, bagi sesi 2024-2025, projek-projek yang dikemukakan perlu menumpu kepada sekurang-kurangnya satu daripada keutamaan tematik CFLI seperti berikut:

 

3.1

Tadbir urus inklusif, termasuk kepelbagaian, demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang;

 

3.2

Keamanan dan keselamatan, dengan tumpuan kepada pencegahan konflik dan memupuk keamanan;

 

3.3

Pertumbuhan inklusif, termasuk hak ekonomi wanita, pekerjaan dan keusahwanan, pelaburan dalam golongan termiskin dan rentan serta melindungi pertumbuhan ekonomi; dan

 

3.4

Kesaksamaan jantina serta pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan

 

4.    Sehubungan dengan itu, permohonan yang lengkap perlulah dikemukakan kepada pihak penganjur melalui alamat emel ASEAN-CFLI.ANASE-FCIL@international.gc.ca dan disalinkan kepada asccd@kln.gov.my sebelum atau pada 3 Mei 2024. Borang permohonan boleh di muat turun melalui laman sesawang https://www.international.gc.ca/world-monde/funding-financement/cfli-fcil/2024/asean-anase.aspx?lang=eng. Bersama-sama ini, dikemukakan sesalinan maklumat lanjut mengenai program CFLI sebagai rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Muat Turun Lampiran

Hits : 938