Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pembentangan Dapatan Terkini Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024 Oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM)

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Membentangankan Dapatan Terkini Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024

 

5 Dis 2025 | Jumaat

 

YBrs. Dr. Mohd. Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) telah membentangkan dapatan terkini Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024 — pentaksiran serantau anjuran SEAMEO bersama UNICEF EAPRO melibatkan tujuh negara ASEAN.

SEA-PLM menjadi penanda aras utama tahap penguasaan asas murid Tahun 5 dalam Bacaan dan Matematik, serta membentuk trend data antara 2019–2024.


Dapatan Utama Malaysia (SEA-PLM 2024):

• 74% murid mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Matematik

• 69% murid mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Bacaan

• 30% murid resilien daripada keluarga berstatus sosioekonomi rendah turut mencapai Band tinggi — membuktikan peranan penting sekolah, guru dan komuniti.

 

Walaupun generasi kohort ini menghadapi cabaran PdPR hampir dua tahun (Tahun 1 & 2), inisiatif KPM bersama JPN, PPD dan sekolah telah menunjukkan impak positif yang signifikan.

 

INISIATIF KPM

Bagi meningkatkan kompetensi literasi dan numerasi murid, KPM sedang melaksanakan pelbagai langkah strategik, termasuk:


          1. Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (bermula prasekolah 2026)

         2. Intervensi pengesanan awal Tahun 1
         3. Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

 

Dapatan empirikal SEA-PLM ini akan menjadi kompas strategik dalam memperkukuh intervensi berasaskan data demi memastikan setiap murid mencapai penguasaan asas yang kukuh serta bersedia menjadi warga global berdaya saing.

Hits : 46