Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pemakluman Awal Program HLP, CBBP TB Dan HLPS Bagi PPP, KPM Ambilan Tahun 2024

HLP

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 akan dibuka pada 21 Disember 2023 (Khamis) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024

Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/ CBBP TB/ HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.  

Sekian, Terima kasih.

Cawangan Penawaran
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
14 Disember 2023

Hits : 440