Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pelawaan Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Jilid 24 2023

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BPPDP JILID 24/2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP Jilid 24 untuk tahun 2023.

3.   Sehubungan dengan itu, pegawai daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dipelawa untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut.

4.  Sumbangan artikel YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan hendaklah dihantar secara softcopy ke alamat e-mel jurnal.bppdp@moe.gov.my. Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 31 Mac 2022 (Khamis).

5.  Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Penulisan Artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan Edisi 2023 untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ tuan/puan. Pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ tuan/puan dikehendaki melengkapkan Borang Maklumat Penulis Artikel (Lampiran A) dan Borang Pengakuan Penulisan Artikel (Lampiran B) yang terdapat dalam garis panduan tersebut.

6.  Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP melalui e-mel jurnal.bppdp@moe.gov.my atau di talian 03-8872 1572/03-88846403.

Sekian.

Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
 

Hits : 2035