Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pelawaan Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP JILID 23/2022

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BPPDP JILID 23/2022
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP Jilid 23 untuk tahun 2022.
 
3.         Sehubungan dengan itu, pegawai daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dipelawa untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut.
 
4.         Sumbangan artikel YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan hendaklah dihantar secara softcopy ke alamat e-mel jurnal.bppdp@moe.gov.my. Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 31 Mac 2022 (Khamis).
 
5.         Bersama-sama ini dilampirkan  Garis Panduan Penulisan Artikel untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ tuan/puan. Pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ tuan/puan dikehendaki melengkapkan Borang Maklumat Penulis Artikel di pautan: bit.ly/maklumatpenulisartikel2022 dan  Borang Pengakuan Penulisan Artikel (Lampiran B) yang terdapat dalam garis panduan tersebut.
 
6.   Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP melalui e-mel jurnal.bppdp@moe.gov.my atau ditalian 03-8884 6346/6580.
 
Sekian.
 
Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

Hits : 8515