Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pelawaan Menyertai Australia Asean Bridge Program 2026-2027 (KOHORT 3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

PELAWAAN MENYERTAI AUSTRALIA ASEAN BRIDGE PROGRAM 2026-2027 (KOHORT 3)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelawaan menyertai the AUSTRALIA-ASEAN BRIDGE (BUILDING RELATIONSHIPS THROUGH INTERCULTURAL DIALOGUE AND GROWING ENGAGEMENT) PROGRAM 2026-2027 - THIRD COHORT telah dibuka. Program ini merupakan anjuran Asialink Education (dahulunya dikenali sebagai Asia Education Foundation).


Program ini memberi peluang kepada guru dan murid di rantau Asia Tenggara untuk membentuk persahabatan dan membina rangkaian dengan sekolah di Australia. Sekolah yang berminat menyertai program ini boleh mengemukakan permohonan yang lengkap melalui pautan yang disediakan ASEAN-Australia BRIDGE School Partnerships Program | Asialink. Pemohon juga digalakkan untuk menyertai sesi maklumat dalam talian bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini dan proses permohonan melalui pautan https://www.eventbrite.com.au/e/1997644977904/?aff=oddtdtcreator.

  • Sesi maklumat: Rabu, 9 September 2026 
  • Tarikh tutup permohonan: Ahad, 4 Oktober 2026

Pemilihan akan dilaksanakan oleh pihak penganjur pada bulan Oktober 2026. Turut disertakan bersama-sama ini lampiran maklumat mengenai program ini untuk rujukan dan tindakan.

Perhatian daripada tuan dalam perkara ini amat disanjungi dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Lampiran A

Hits : 129