Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pelawaan Mengemukakan Cadangan Projek Di Bawah Canada Fund For Local Initiatives (CFLI) 2026–2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN PROJEK DI BAWAH CANADA FUND FOR LOCAL INITIATIVES (CFLI) 2026–2027
 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menerima pelawaan mengemukakan cadangan projek di bawah Canada Fund for Local Initiatives (CFLI) 2026–2027 melalui Kementerian Luar Negeri (KLN). Kerajaan Kanada melancarkan dana ini bagi menyokong projek berskala kecil namun berimpak tinggi di Negara-negara Anggota ASEAN, selaras dengan bidang keutamaan penglibatan Kanada di peringkat global.

3. Program CFLI 2026–2027 memberi tumpuan kepada tiga tema utama seperti berikut:

(i) Tadbir urus inklusif, termasuk demokrasi, hak asasi manusia dan penglibatan politik wanita;

(ii) Keamanan dan keselamatan, dengan fokus kepada Women, Peace and Security (WPS), keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), keselamatan maritim serta bidang-bidang yang boleh mendapat manfaat daripada kepakaran Kanada dalam Pelan Tindakan Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada; dan

(iii) Pertumbuhan yang inklusif, termasuk hak ekonomi wanita dan keselamatan ekonomi.

4. Selain tema tersebut, Jawatankuasa Pemilihan CFLI akan turut memberi keutamaan kepada inisiatif yang menyentuh isu-isu berikut:

(i) Tadbir urus kecerdasan buatan (AI);

(ii) Pusat penipuan dalam talian;

(iii) Belia dan pembinaan keamanan;

(iv) Women, Peace and Security (WPS);

(v) Keselamatan ekonomi dan kesaksamaan gender;

(vi) Tadbir urus demokratik; dan

(vii) Kerjasama maritim.

5. Tarikh tutup penyerahan cadangan projek adalah pada 30 April 2026. Maklumat lanjut mengenai kriteria dan prosedur permohonan boleh diakses melalui pautan: Laman Rasmi CFLI 2026-2027

6. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program CFLI boleh dikemukakan terus kepada Puan Nindia Satiman, Pegawai Advokasi, Perwakilan Kanada ke ASEAN, melalui emel di Nindia.Satiman@international.gc.ca.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan

Hits : 71