Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Seperti Berikut: Pelantikan Tetap PPP Gred DG41 PISMP – Pelantikan Tetap Bagi Calon Simpanan

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:
 
PELANTIKAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN – PELANTIKAN TETAP BAGI CALON SIMPANAN>
 
LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada Januari 2024) dan DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.
 
Untuk makluman, tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan di eGraduan kelak.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.
 
Telefon: 03-8884 7741 / 03-8872 1442
 
Terima kasih.
 
NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian / Sijil Pengajian + Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi. (Transkrip tidak perlu dimuat naik)
 
3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.
 
Tarikh mula pengemaskinian: 22/01/2024
Tarikh akhir pengemaskinian : 30/01/2024
 
Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.

Hits : 2127