Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pelanjutan Tempoh Permohonan Pelarasan Kadar Harga Kontrak Berikutan Pelakanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016, 2018, 2020 Dan 2022

Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan
Semua Syarikat Kontraktor Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak

Tuan/Puan,

PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BAGI PELARASAN KADAR HARGA KONTRAK BERIKUTAN PERINTAH GAJI MINIMUM (PGM) 2016, 2018, 2020 DAN 2022 BAGI KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK), PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) DAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK (BMB) BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Kewangan (MoF) melalui surat no. rujukan BPK(S)600-15/19/692(11) bertarikh 25 Julai 2023 telah bersetuju memberi kelulusan khas sehingga 31 Disember 2023 untuk pelarasan harga kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Membekal Makanan Bermasak (BMB) berikutan penguatkuasaan PGM 2016, PGM 2018, PGM 2020 dan PGM 2022 yang turut terpakai pada permohonan pelarasan harga kontrak berikutan pelaksanaan PGM yang dikemukakan di luar tempoh kontrak.

3.  Susulan daripada maklum balas yang telah diterima, Bahagian Perolehan (BPL), KPM telah melanjutkan tempoh permohonan PGM bagi kontrak yang telah tamat sehingga 30 November 2023 dan kelulusan pelarasan harga berikutan PGM perlu diperoleh sebelum 31 Disember 2023. Selepas tempoh tersebut, tiada lagi permohonan pelarasan PGM yang akan dipertimbangkan bagi kontrak yang telah tamat tempoh.

4.  Manakala bagi kontrak yang masih berkuat kuasa, permohonan PGM hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat kontrak mengambil kira tempoh masa bagi memproses permohonan termasuk penyediaan kontrak tambahan. Permohonan yang dikemukakan selepas tamat tempoh kontrak tidak akan dipertimbangkan pada masa akan datang.

5.  Permohonan boleh dikemukakan kepada bahagian/institusi induk/Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/institusi pendidikan selaku pentadbir kontrak masing-masing dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

 
B. Perolehan
 
6. Kerjasama daripada tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Perolehan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 3804