Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pelancarkan Platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP)

Pelancarkan Platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP)

 

21 Februari 2024 | Rabu

 

SIPP PENUHI KEPERLUAN KOMPETENSI DIGITAL GURU

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP).

 

Ia diwujudkan bertujuan untuk memperkasa kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dengan menyediakan akses kepada mereka untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam talian atau luar talian.

 

PPP di seluruh negara boleh mengakses lebih 20,000 kandungan termasuk 15,000 ebook, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

 

PPP berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabagsa seperti Microsoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP setelah melengkapkan modul pembelajaran.

 

SiPP boleh dilayari melalui Modul Individu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dengan kekunci masuk menggunakan ID Guru Malaysia.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 382