Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Unit Undang-Undang

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Farahana binti Rabidin

 

VISI

Menjadi Organisasi Perundangan Yang Dinamik, Telus dan Cemerlang

MISI

Mendukung Perlembagaan Undang-Undang bagi Melindungi Kepentingan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perkhidmatan Perundangan yang Berkualiti Tinggi, Cekap, Adil dan Saksama

OBJEKTIF

Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira dasar Kerajaan.

FUNGSI

Unit ini bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Fungsi utama Unit ini adalah seperti yang berikut:

  • Memberi nasihat perundangan, maklum balas, dan ulasan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada secara lisan atau bertulis selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang berkaitan;
  • Menyemak dan memberi nasihat perundangan, maklum balas dan ulasan terhadap draf perjanjian/memorandum persefahaman/ dokumen undang-undang yang dirujuk supaya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang bertulis yang berkaitan dan dasar Kerajaan;
  • Meneliti dan mengkaji Kertas Siasatan serta memberi arahan untuk tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan di bawah akta dan peraturan dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan memberikan izin kompaun serta izin pendakwaan;
  • Menyemak dan menggubal rang undang-undang dan perundangan subsidiari supaya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang berkaitan untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara;
  • Mengendalikan kes tuntutan sivil/timbang tara/adjudikasi termasuk membantu Jabatan Peguam Negara dalam mendapatkan dokumen dan maklumat berkenaan dengan kes tuntutan sivil/timbang tara/adjudikasi;
  • Menyediakan maklumat berkenaan dengan latar belakang dan dasar bagi Memorandum Jemaah Menteri untuk pertimbangan Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara;
  • Menghadiri mesyuarat atau perbincangan di Kementerian atau di luar Kementerian serta di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara bagi perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Kementerian Pendidikan Malaysia dan memastikan nasihat perundangan yang diberikan adalah teratur dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain, kes mahkamah dan dasar Kerajaan; dan
  • Melaksanakan tugas lain sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Jabatan Peguam Negara dan memastikan tugas tersebut dilaksanakan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang semasa yang berkuat kuasa, kes mahkamah dan dasar Kerajaan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberikan nasihat perundangan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja jika tidak melibatkan perbincangan lanjut, isu perundangan yang rumit, serta tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  • Memeriksa dan meneliti draf perjanjian atau memorandum persefahaman dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja jika tidak melibatkan perbincangan lanjut, isu perundangan yang rumit, serta tertakluk kepada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  • Meneliti Kertas Siasatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
  • Menyemak dan menggubal rang undang-undang dalam tempoh empat puluh (40) hari selepas isu dasar dan perundangan selesai.

CARTA ORGANISASI

2021 Carta Organisasi Unit Undang undang

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Unit Undang-Undang
Aras 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88846241 03-88846084 [emel]

Hits : 942