Selamat Datang ke PORTAL KPM

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Lantikan Secara Contract Of Service (COS) Tahun 2023 - Graduan Bukan Pendidikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

 

2.         Dimohon untuk memasukan hebahan berkaitan pengemaskinian maklumat calon guru baharu di ruangan pengumuman seperti ketetapan berikut :

 

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

 

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 LANTIKAN SECARA CONTRACT OF SERVICE (COS) TAHUN 2023 - GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN

 

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah.

 

Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.

 

Untuk makluman, tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan di eGraduan kelak. Hanya calon yang melepasi keputusan saringan kesihatan oleh SPP akan diberi penempatan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

 

Emel: egraduan@moe.gov.my

 

Telefon: 03-8872 1446 / 03-8884 7779 / 03-8884 7741

 

Terima kasih.

 

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian bagi tujuan verifikasi

 

3.         Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

 

Tarikh mula pengemaskinian: 21/02/2024

Tarikh akhir pengemaskinian : 29/02/2024

 

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian terima kasih.

Hits : 8349