Selamat Datang ke PORTAL KPM

Program Duta Guru (PDG) Yayasan Petronas - Kementerian Pendidikan Malaysia Pengambilan Kohort 4

Poster PDG Pengambilan Kohort 4 1   Poster PDG Pengambilan Kohort 4 2

 

Sertai kami memperkasakan kepimpinan STEM melalui Program Duta Guru (PDG)!

Program Duta Guru merupakan sebuah program selama tempoh dua (2) tahun yang bertujuan untuk memperkasakan seramai 4,500 orang guru teladan yang kompeten dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai asas sebuah negara berdaya saing menjelang 2030.

Pada masa ini, PDG sudah mempunyai seramai 576 orang peserta merentasi tiga (3) kohort dan seramai 116 orang daripada mereka telah menamatkan program dan diisytiharkan sebagai Duta Guru.

Ayuh sertai kami untuk memperkasakan pemimpin STEM di dalam kelas melalui sebuah program yang berteraskan kepimpinan kolektif. Sebuah komuniti pendidik serta penglibatan daripada para pencinta STEM menanti anda untuk bersama memberikan perkongsian amalan terbaik serta bahan berkualiti tinggi yang dibentuk khas oleh guru kepada guru!

Daftar sekarang di https://bit.ly/pdgkohort4 sebelum 31 Ogos 2022!

Pautan lain:

1. Borang Permohonan Kohort 4 - https://bit.ly/pdgkohort4
3. Borang Pendaftaran Sesi Info - https://bit.ly/borangpendaftaraninfosesi

Hits : 6720