
Kelayakan memasuki program PERMATA Negara
Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki program PERMATA Negara.
Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.
Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi kawasan luar bandar.
Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar.
Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil.
Memohon jawatan sebagai pendidik PERMATA Negara
Bermula tahun 2012, urusan pengambilan guru atau pendidik PERMATA Negara adalah terletak di bawah kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Sebarang pertanyaan perlulah merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan PelajaranPemohon boleh mengambil borang permohonan PERMATA di bawah atau di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang dipohon. Selepas itu, pemohon perlulah melengkapkan borang berkenaan dan hendaklah dihantar terus ke Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri.
Permohonan yang didapati disertakan dengan maklumat palsu, sekiranya diketahui, akan menyebabkan anak tuan/puan ditamatkan dari menyertai Program PERMATA dengan notis.
Muat turun Borang Permohonan PERMATA.
Isi borang tersebut selengkapnya dengan maklumat yang benar sahaja.
Sertakan salinan fotostat yang perlu disahkan. Sekiranya bekerja sendiri, tuan/puan bolehlah membuat satu surat yang ditaip atau ditulis tangan mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan tuan/puan dan surat ini hendaklah disahkan sebagai benar/betul oleh mana-mana Penjawat Awam dari Kumpulan pentadbiran Gred A dan ke atas (Gred 41 ke atas)/penghulu mukim/ketua kampung.
Hits : 1827