23 NOVEMBER 2026 | MURID KOLEJ VOKASIONAL PERKENALKAN KEUNIKAN BUDAYA MALAYSIA DI PERTH, AUSTRALIA
Penyertaan murid Kolej Vokasional (KV) dari seluruh negara dalam program ππ°πΆπ³π―π¦πΊ π΅π° ππ’ππ’πΊπ΄πͺπ’ (JTM) 2026 di Perth, Australia, membuka peluang kepada murid Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengembangkan potensi diri dari aspek kreativiti, keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan keterampilan, di samping memperoleh pengalaman serta membina jaringan pada peringkat antarabangsa.
Menerusi program ini, murid KV menjayakan pelbagai persembahan kebudayaan yang merangkumi nyanyian dan tarian bagi mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia, sekali gus memperkenalkan identiti negara kepada masyarakat antarabangsa.
Majlis perasmian JTM 2026 telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, YBhg. Datin Paduka Sharrina Abdullah. Turut hadir ialah Datuk Bandar Perth, Encik Bruce Reynolds; Konsul Jeneral Malaysia di Perth, Puan Nur Eliza Jemal Zainal; serta wakil kerajaan, kor diplomatik, institusi pendidikan dan sektor perniagaan.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 97