MESYUARAT SENAT KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN KALI KE-19 BIL. 1/2026
11 Mac 2026 | Rabu
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkasa melalui tadbir urus akademik yang mantap dan berkesan.
Mesyuarat Senat Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan (KPM) Kali Ke-19 Bil. 1/2026 telah diadakan bagi membincangkan serta memperakukan perkara-perkara berkaitan pengurusan akademik, standard kurikulum dan mutu pensijilan peringkat diploma di Kolej Vokasional.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan penyelarasan kurikulum yang berorientasikan keperluan industri semasa bagi memastikan kebolehpasaran graduan terus dipertingkat. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen KPM dalam memartabatkan TVET sebagai laluan pendidikan pilihan utama, di samping memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri selaras dengan aspirasi Reformasi Pendidikan serta hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.
Mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam memastikan setiap graduan Kolej Vokasional bukan sahaja kompeten dari segi kemahiran, malah diiktiraf kualiti akademiknya di peringkat global.
#TahunIniTahunKita
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#TVETKPM
#KolejVokasionalKPM
Hits : 52