Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Mengenai PERMATA

Cetusan idea untuk melaksanakan projek perintis PERMATA Negara lahir daripada ilham dan inisiatif Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tersentuh dengan permasalahan dan gejala social yang kian melanda para remaja pada masa kini. Beliau melahirkan kebimbangan dengan masalah dan gejala sosial yang semakin berleluasa melanda para remaja dan amat prihatin terhadap kesan dan impak ke atas generasi ini sekiranya ianya tidak dibendung sejak awal lagi. Bermula dari itu, beliau berpendapat sekiranya anak-anak kecil diasuh dengan nilai-nilai murni sejak awal lagi, mereka akan mempunyai asa peribadi yang baik serta kukuh untuk membesar menjadi remaja yang bersifat mulia.

Berasaskan hasrat murni inilah, pada pertengahan tahun 2006, Datin Paduka Seri Rosmah telah membentuk kumpulan yang terdiri 25 individu yang terdiri daripada golongan profesional, ahli pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai Kerajaan untuk membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah yang membimbangkan itu. Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran, dan latar belakang ini telah membawa kata sepakat bahawa proses pembentukan nilai diri sebagai insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal lagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan apabila baru lahir.

Gabungan idea inilah yang membawa kepada terbentuknya konsep bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk Negara dan jika diasuh, diajar dan diasah dengan betul akan bersinar menerangi kegemilangan Negara di masa akan datang. Dan lahirlah falsafah Setiap Anak PERMATA Negara, Setiap Anak Begitu Berharga dan Setiap Anak Modal Insan Negara yang kemudiannya diterjemahkan kepada sebuah program khusus untuk anak-anak di bawah umur 4 tahun.

“Anak-anak adalah khazanah nasional kita untuk diasuh dan didik dengan penuh perhatian dan kasih sayang semenjak dari lahir lagi , supaya potensi mereka dapat ditonjolkan sepenuhnya”

YABhg. Datin Paduka Seri Hjh. Rosmah Mansor
Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Penjagaan (ECEC)

Di sinilah permulaan kepada sebuah konsep Setiap Anak PERMATA Negara bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejka dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik. Di mana cetusanidea tersebut telahpun dikembangkan untuk dilaksanakan sebagai Program Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran.

Anak bonda anak ayahanda

Ditimang-timang disayang sentiasa

Setiap Anak PERMATA Negara

Menjadi pewaris harapan bangsa

Konsep Setiap anak PERMATA Negara ini juga telahpun dikemukan kepada pihak Kerajaan di mana ia telahpun diluluskan agar Program PERMATA Negara diimplimentasikan memlalui penubuhan Pusat Anak PERMATA Negara secara projek perintis mulai tahun 2007.

Hits : 992