Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Memperkasa Kepimpinan Digital Dan Inovasi Pendidikan Melalui Program Agentic Ai For Educationists 2026

MEMPERKASA KEPIMPINAN DIGITAL DAN INOVASI PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM AGENTIC AI FOR EDUCATIONISTS 2026

Program 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘵𝘪𝘤 𝘈𝘐 𝘧𝘰𝘳 𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘪𝘴𝘵𝘴 2026: 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘈𝘶𝘵𝘰𝘯𝘰𝘮𝘰𝘶𝘴 𝘈𝘐 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘍𝘶𝘵𝘶𝘳𝘦-𝘙𝘦𝘢𝘥𝘺 𝘛𝘦𝘢𝘤𝘩𝘪𝘯𝘨 & 𝘓𝘦𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨 di bawah Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutup dan Mini Graduasi pada 9 Oktober 2026.

Seramai 25 warga Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengikuti program selama empat bulan yang memberi fokus kepada penguasaan Kecerdasan Buatan (AI), meliputi kepimpinan strategik, etika dan tadbir urus, inovasi teknologi pendidikan, pembangunan aplikasi AI serta reka bentuk sistem berautonomi.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dalam memperkasa transformasi digital, meningkatkan kompetensi warga pendidikan serta memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan pendidikan.

Syabas dan tahniah kepada kesemua 25 peserta! Semoga ilmu, kemahiran dan kepakaran yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada inovasi serta penambahbaikan berimpak tinggi demi memperkukuh sistem pendidikan negara.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

Hits : 69