26 OKTOBER 2026 - MALAYSIA RAIH EMPAT JOHAN, EMPAT NAIB JOHAN DI WRO CHINA NATIONAL FINALS 2026
Malaysia mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih empat gelaran johan dan empat naib johan dalam World Robot Olympiad (WRO) China National Finals 2026 yang berlangsung di Nanjing, China, dari 21 hingga 26 Oktober 2026.
Kejayaan ini dicapai menerusi penyertaan 24 murid dan tujuh jurulatih yang mewakili lapan pasukan Malaysia dalam pertandingan yang menghimpunkan 388 peserta dari 11 negara. Empat gelaran johan diraih oleh SJKC Chung Kwok, Kuala Lumpur (Robosports); SJKC Ketari, Pahang (Robomission Elementary); SMK(P) Temenggong Ibrahim, Johor (Robomission Junior High); dan SJKC Puay Chai 2, Petaling Jaya, Selangor (Future Innovators Elementary).
Empat lagi pasukan Malaysia meraih gelaran naib johan menerusi SJKC Hwa Aik, Perlis (Robosports); SMK Chung Hua (CF) Miri, Sarawak (Robomission Junior High dan Future Innovators Senior High); serta SMK Tinggi Batu Pahat, Johor (Robomission Senior High).
Syabas dan tahniah kepada semua murid, jurulatih, guru pembimbing, ibu bapa serta pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Pencapaian tersebut mencerminkan potensi murid Malaysia dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), khususnya robotik dan inovasi, serta menjadi inspirasi untuk terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
Hits : 17