Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada atlet murid Sekolah Sukan Malaysia mencatatkan pencapaian membanggakan dalam 2026 Seoul International Youth Hockey 5s Tournament yang berlangsung pada 5 hingga 11 September 2026 di Seoul, Republik Korea, apabila ketiga-tiga pasukan berjaya menamatkan kejohanan dalam kelompok terbaik.
Malaysia Youth muncul juara selepas menewaskan Seoul 7–4 dalam perlawanan akhir. Malaysia A pula meraih tempat ketiga selepas menewaskan Korea 8–2, manakala Malaysia Girls turut meraih tempat ketiga selepas mencatat kemenangan 3–1.
Pencapaian kontinjen Malaysia turut diserikan dengan empat pengiktirafan individu:
Best Coach Award – Mohd Sukri Abdul Mutalib
Best Goalkeeper – Muhammad Nazrin bin Romaizalkifli
Top Scorer – Ashrafeel Iman Mohd Rizal
Most Valuable Player (MVP) – Mohd Irsyad bin Zul Aswade
Kejayaan ini mencerminkan potensi, disiplin dan semangat juang atlet muda negara, sekali gus memperlihatkan keberkesanan pembangunan bakat hoki dalam kalangan murid Sekolah Sukan Malaysia.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pemain, jurulatih, pegawai serta semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan kontinjen Malaysia di Seoul.
Hits : 87