Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M

17 JUN | MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026M

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim hari ini mengetuai kontinjen KPM yang terdiri daripada 50 warga kerja ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M. Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, barisan pengurusan tertinggi serta warga kerja KPM.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, yang turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Antarabangsa.

Semangat hijrah menjadi inspirasi kepada warga pendidikan untuk terus memperkukuh iltizam, meningkatkan prestasi serta mengangkat martabat ilmu demi melahirkan generasi berakhlak, berilmu dan berdaya saing. Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, nilai hijrah menjadi pemangkin dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik, seimbang dan berkualiti.

Salam Maal Hijrah 1448H

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

Hits : 44